Acara: kayuhan Broga Jantan Loop
Tarikh: 22 Dis 18 (sabtu).
Bilangan rider: 2 rider.
Kapt kayuhan: Ajib recto
Laluan: Broga Jantan.
Jarak: 138km.
Trafik: 3/10.
Scenery: 8/10.
Dificulty: 7/10: Cuaca redup disebelah pagi dan panas yang amat selepas tengahari. kayuhan: kayuhan bermula dari bahulu klasik pada jam 0800H dengan kelajuan kayuhan sekitar 25-30kmj hingga ke simpang peras. Kayuhan diteruskan melalui empangan semenyih, tekala, bandar semenyih, university of notingham dan seterusnya berehat dan makan pagi di pekan lenggeng kelajuan kayuhan juga masih sama untuk mengekalkan tenaga sebelum menghadapi 3 bukit dalam laluan yg akan datang. Selepas berehat kayuhan menaiki bukit mendum pun bermula.
menggunakan gear rendah depan dan belakang kayuhan cadence digunakan untuk menawan bukit ini kelajuan sekitar 6kmj dikekalkan disebabkan membawa rider extra virgin menghadapi cabaran kali ini.

Seterusnya kayuhan melalui bukit tangga juga masih menggunakan taktik dengan kelajuan yg sama. 50km terakhir berehat di petronas pekan k.klawang sebelum menghadapi cabaran yg terakhir iaitu kayuhan mendaki peras sejauh 13km. Untuk cabaran ini juga masih menggunakan taktik dan kelajuan yang sama. Overall tiada kes cramp sepanjang kayuhan mungkin menggunakan petua fabian yang rahsia sangat (ORS water). Sekian laporan.




